Isnin, 9 Februari 2009

Empat

" Still i don't know, who am i to you? "











Another day, another , err wait got to stop the music first, can't seem to write anything. This entry is supposed to be sad, got to admit, i can't write with all this noise pushing away all my ideas. Ok stop, music is not noise, and music is not my boyfriend, and wait, i am not emo!

Here's the issue,

It's been months since we're together, tapi aku mula merasa hati kau semakin jauh dari aku. Aku bukan ingin mengatakan bahawa aku tak sayang akan kau, tapi aku tidak rasa kau orang yang sama aku jumpa dahulu. Mungkin, perubahan atmosfera dan persekitaran kau yang buat kau jadi begini? Aku tak faham, please make me understand. I understand that some boys pretend that being ego is the way u show your so called man power, for some reason, could you throw away all that ego and talk like a real man?

All girls, i repeat, ALL GIRLS, want to be treated good, so do i. Alright, clear? Crystal clear, i hope. Yes, i know, i have no right to make you stop smoking, and you always ask me to give you damn good reasons why you have to stop smoking. I said, i don't want to see you kill yourself little by little with that 'choki-choki berasap', cute reason eh? To you.

You can touch me, you can hold my hands, but please, hands off, don't leave a mark, or any scar, wake up and be a man, you can't go and hit a woman like you hit a bastards? Enough.
I don't know why, i can't write a thing about you, you're indescribeable, but in my heart you're incredible. I'll stop writing about you, dear. But still, i don't know who am i to you.

Tapi aku tahu siapa aku di hati mu, dahulu
sebab kau pernah berkata,

Kau la seorang perempuan yang pernah aku sayang lebih dari apa apa,
apa-apa pun terjadi, i can't be moved.
Kau tahu apa aku maksudkan, kau pernah melihatnya kan, sayang?

Yes, and from the day i know that,
you're my man, you can't be moved.

Sabtu, 7 Februari 2009

Tiga

Berumurnya aku

Kau semua mungkin ingat aku seorang perempuan berumur, tiada suami, ataupun "andartu". Sebenarnya tidak, aku baru sahaja melangkah ke tingkatan empat tahun ini. Haha, kelakar kan? Tak apa lah, sebenarnya aku agak malas untuk mengisi details untuk daftar sebagai blogger ini. Tengok industry aku, pergh, Biotech! Itu pun aku letak sebab aku sekarang mengambil pure science, dan berharap aku dapat memikul beban subjek subjek yang agak 'heavy' itu dengan baik dan seterusnya berjaya. Buat masa ini, aku sedang menunggu keputusan sekolah Teknik, yang akan dibuka pada 10 Februari, Selasa ini.

Baiklah, aku sebenarnya mahu menulis tentang apa yang sedang aku fikirkan, iaitu gambar gambar lama yang aku tampalkan pada dinding sebelah aku ini. Banyak sangat kenangan.

Tapi, aku takut untuk membesar.

Aku teliti balik setiap gambar, dari aku kecik, sampai besar. Sekarang, dah besar dah aku, enambelas tahun, angka yang agak besar bagi aku. Jadual pun sudah packed. Banyak benda baru aku kena belajar tahun ini. Aku takut untuk membesar, aku takut tidak dapat apa yang aku nak. Aku tahu, " we don't always get what we want " tapi aku sangat takut. Apa yang akan aku jadi besar nanti, bolehkah aku pergi dengan jauh? Berjaya kah aku nanti? Tak takut kah kamu?

Kalau kamu takut, percayalah aku faham situasi kamu. Semua orang mahu berjaya. Semua orang perlukan usaha untuk berjaya. Jika kita betul mahukan sesuatu, kita akan bekerja keras untuk mendapatkannya. Iya dak? Walaupun kita akan terjatuh, jangan takut untuk bangun dan berusaha. Usaha itu tangga kejayaan. Ingat, cita cita kita dalam tangan sendiri, bukan dalam tangan orang lain.

Biar gambar lama kita menjadi satu reason kita terus berusaha, kita telah dibesarkan dengan sempurna akal dan fikiran, kita belajar dari benda kecil ke benda besar. Dari kita tadika, mungkin ke menara gading? Jangan pernah sesekali kamu siakan semua ini. Paling penting, jangan takut untuk mencuba.

Be aboveboard in everything you do, and always hope for something good in return.

Adii
Aku janji, ini bukan permainan teka-teki

Jumaat, 6 Februari 2009

Dua

Soalan random,

" Siapa kau? "

" Apa kau nak? "

" Macam mana kau kenal aku? "

Biasalah tu, kalau tak dikenali, siapa tak macam tu kan? Mesti tertanya tanya, siapa dia, macam mana dia kenal aku, kira memang banyak lah tanda tanya dalam otak. Biar kan, aku rasa tak perlulah aku kenalkan diri aku dengan lebih luas, kerana aku lebih selesa begini. Aku akan menulis apa apa yang aku nak, dan korang ada hak untuk bersuara dan memberi pendapat. Aku baru disini, tunjuk ajar masih diperlukan. Seperti pantun,

Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Aku bukan sengaja untuk menyorok identiti aku, kerana situasi yang agak berisiko, membuat aku bersembunyi dan tidak mahu dikenali. Jadi, tidak perlulah banyak bertanya. Tidak perlu kusutkan pemikiran untuk meneka siapa aku.

Aku janji, ini bukan permainan teka-teki


Satu

Hai, tidak sangka ini adalah blog entry aku yang pertama.

Senyap, tidak perlu tahu siapa aku.

Selamat Datang, pembaca!