Jumaat, 6 Februari 2009

Dua

Soalan random,

" Siapa kau? "

" Apa kau nak? "

" Macam mana kau kenal aku? "

Biasalah tu, kalau tak dikenali, siapa tak macam tu kan? Mesti tertanya tanya, siapa dia, macam mana dia kenal aku, kira memang banyak lah tanda tanya dalam otak. Biar kan, aku rasa tak perlulah aku kenalkan diri aku dengan lebih luas, kerana aku lebih selesa begini. Aku akan menulis apa apa yang aku nak, dan korang ada hak untuk bersuara dan memberi pendapat. Aku baru disini, tunjuk ajar masih diperlukan. Seperti pantun,

Buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Aku bukan sengaja untuk menyorok identiti aku, kerana situasi yang agak berisiko, membuat aku bersembunyi dan tidak mahu dikenali. Jadi, tidak perlulah banyak bertanya. Tidak perlu kusutkan pemikiran untuk meneka siapa aku.

Aku janji, ini bukan permainan teka-teki


3 ulasan:

  1. weh saya rasa ayat kamu sungguh bagus. betul, saya tak pernah eager sebegini apabila membaca blog baru. salam perkenalan juga.

    :)

    BalasPadam
  2. Situasi yang agak berisiko? Ehm ehm. Selamat ber-blogging.

    BalasPadam
  3. nobody know everything about a person.

    BalasPadam