Sabtu, 7 Februari 2009

Tiga

Berumurnya aku

Kau semua mungkin ingat aku seorang perempuan berumur, tiada suami, ataupun "andartu". Sebenarnya tidak, aku baru sahaja melangkah ke tingkatan empat tahun ini. Haha, kelakar kan? Tak apa lah, sebenarnya aku agak malas untuk mengisi details untuk daftar sebagai blogger ini. Tengok industry aku, pergh, Biotech! Itu pun aku letak sebab aku sekarang mengambil pure science, dan berharap aku dapat memikul beban subjek subjek yang agak 'heavy' itu dengan baik dan seterusnya berjaya. Buat masa ini, aku sedang menunggu keputusan sekolah Teknik, yang akan dibuka pada 10 Februari, Selasa ini.

Baiklah, aku sebenarnya mahu menulis tentang apa yang sedang aku fikirkan, iaitu gambar gambar lama yang aku tampalkan pada dinding sebelah aku ini. Banyak sangat kenangan.

Tapi, aku takut untuk membesar.

Aku teliti balik setiap gambar, dari aku kecik, sampai besar. Sekarang, dah besar dah aku, enambelas tahun, angka yang agak besar bagi aku. Jadual pun sudah packed. Banyak benda baru aku kena belajar tahun ini. Aku takut untuk membesar, aku takut tidak dapat apa yang aku nak. Aku tahu, " we don't always get what we want " tapi aku sangat takut. Apa yang akan aku jadi besar nanti, bolehkah aku pergi dengan jauh? Berjaya kah aku nanti? Tak takut kah kamu?

Kalau kamu takut, percayalah aku faham situasi kamu. Semua orang mahu berjaya. Semua orang perlukan usaha untuk berjaya. Jika kita betul mahukan sesuatu, kita akan bekerja keras untuk mendapatkannya. Iya dak? Walaupun kita akan terjatuh, jangan takut untuk bangun dan berusaha. Usaha itu tangga kejayaan. Ingat, cita cita kita dalam tangan sendiri, bukan dalam tangan orang lain.

Biar gambar lama kita menjadi satu reason kita terus berusaha, kita telah dibesarkan dengan sempurna akal dan fikiran, kita belajar dari benda kecil ke benda besar. Dari kita tadika, mungkin ke menara gading? Jangan pernah sesekali kamu siakan semua ini. Paling penting, jangan takut untuk mencuba.

Be aboveboard in everything you do, and always hope for something good in return.

Adii
Aku janji, ini bukan permainan teka-teki

6 ulasan:

  1. uish, baru form 4?

    serius blog kamu akan terkenal. saya suka ayat yang digunakan, ringkas dan separa gramatis. :)

    BalasPadam
  2. ya, aku baru form 4. hehe terima kasih,kawan !

    BalasPadam
  3. ADii baru form 4!? Oh, saya form5 :D

    BalasPadam
  4. corak gaya penulisan kamu buat aku baca dua tiga kali tentang profile kamu.
    dan tipu jika aku kata, aku tak tertarik langsung.

    :)

    BalasPadam
  5. SYD : saya form 4! haha kelakar kan?

    ADILA : Hehe thanks! aku pun tak tau apa yang menarik sebenarnya, aku main tulis je :)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam